Alhamdulillahirabbilalamin, Wassolatuwassalamu ala Rasulillah, wa ala aalihi, wa asbihi ajmain, amma ba’d.
Datuk2, Datin2, Tuan2, Puan2, Adik2 yang dikasihi sekelian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah memberi kita sehari lagi untuk kita hidup di atas muka bumi Allah ini. Allah telah menghidupkan kita dari tidur kita untuk terus mengharungi kehidupan ini.
Hari ini adalah Hari Raya AidilFitri 1433H. Saya, dan pihak Jawatankuasa dan Pegawai Masjid al Mardhiyah, mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, kepada semua muslimin dan muslimat, semoga hari ini kita sambut dengan penuh kesyukuran dan mendapat keridhaan Allah jua.
Hari ini adalah hari kemenangan, setelah sebulan menjalani proses penyucian jiwa dan di akhiri dengan zakat fitrah. Semoga semua usaha dan ibadat kita menjadi kuasa yang membantu kita mengharungi baki 11 bulan yang akan kita lalui sebelum bertemu Ramadhan tahun hadapan.
Ramadhan adalah bulan yang kami tunggu-tunggu kerana pada bulan Ramadhanlah masjid hidup dengan begitu ramai ahli kariah yang datan berjamaah, terutamanya solat tarawih. Bulan Ramadhan juga kami terima banyak sumbangan untuk pengoperasian masjid dan program-programnya.
Saya dan Pegawai dan AJK masjid mengucapkan terima kasih di atas penglibatan semua dalan program yang kami anjurkan sepanjang Ramadhan.
Kami berharap, semoga apa yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini dapat berterusan sehingga kita bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan.
Seperkara lagi yang ingin ditekankan ialah: INGAT, sambutan hari raya sebenarnya sebahagian dari ibadat kita kepada Allah, bukan ADAT dan bukan BUDAYA. Oleh itu, pastikan ianya dibuat dengan cara yang disuruh Allah dan RasulNya, bukan dengan perkara-perkara maksiat kepada Allah.
Menyambut Hari Raya AidilFITRI dengan melakukan ibadat sebanyak mungkin, bertakbir, bersolat hari raya, kunjung mengunjung dsb.
Sebentar lagi kita akan solat, kemudian kita akan menjamu selera di ruang parkir di hadapan masjid bagi yang ada kelapangan. Bersama kita juga terdapa beberapan orang saudara baru yang boleh kita raikan pada hari yang mulia ini.
Akhir kata,
Marilah kita berusaha untuk melakukan pengorbanan untuk agama Islam kita dengan sebaik mungkin. Jangan lepaskan peluang pengorbanan ini, walau sekecil manapun pengorbanan itu. Setiap sesuatu bermula dari langkah yang pertama. Ambillah langkah yang pertama untuk memberi pengorbanan yang sesuai untuk agama Islam ini bermula hari ini..
Sekali lagi, saya serta jawatankuasa dan pegawai masjid, ingin mengucapkam SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H dan ucapan terima kasih di atas segala sumbangan Dato’2, Datin2, Tuan2, Puan2 dan adik2 sekelian dalam menjayakan
program korban ini, dan juga program2 masjid yang lain. Semoga segala usaha ini Allah berikan ganjaran yang setimpal.
Wabillahit Taufiq wal hidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dr Ahmad Sharifuddin Mohd Asari Nazir Masjid al Mardhiyah Taman Melawati Ulu Klang, Selangor.
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari).
Dari Umar bin Khathab ra., ia berkata bahwa dua hari ini hari yang dilarang Rasulullah saw. untuk berpuasa, iaitu hari raya Idul Fitri setelah kalian berpuasa (Ramadhan) dan hari raya makan (daging korban) setelah kalian menunaikan ibadah haji.
Dari Aisyah r.a katanya:Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ? Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (˜Id) dan hari ini adalah hari raya kita.
Dari Aisyah r.a katanya:Ketika hari raya, orang-orang Habsyi datang ke masjid mempertunjukkan permainan pencak silat. Lalu Rasulullah s.a.w memanggilku dan kuletakkan kepalaku di bahunya. Aku ikut menonton pertunjukkan itu hingga aku puas melihatnya.
Daripada Abi Said al-Khudri, r.a. katanya: Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke tanah lapang pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya) kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai (untuk berkhutbah) sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing, lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa) serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya).
Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.
Sumber: JAKIM
Sila 'click' pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.